• Wanista: [REVIEW] Nikmati Makanan Dan ‘Stress Free’ Bersama Kucing Di Purradise Cat Cafe!

    [REVIEW] Nikmati Makanan Dan ‘Stress Free’ Bersama Kucing Di Purradise Cat Cafe!

    ORIGINAL LINK: HERE

    Bukan kafe yang biasa dilihat, Purradise Cat Cafe merupakan tempat ideal bagi anda meluangkan masa bersama rakan-rakan, teman istimewa dan juga bagi pencinta haiwan!

    Peneman setia anda yang ‘comel’ ini bakal memberikan pengalaman yang menyeronokkan sambil menikmati minuman dan makanan di sini.
    Kafe yang baru sahaja dibuka selama dua bulan ini mempunyai tujuan untuk memperbaiki kebajikan kucing dan tindak tanduknya melalui misi menyelamatkan dan meletakkan mereka di persekitaran yang penuh kasih sayang sebelum menemui pemilik tetap (furrever homes).
    6
    Taman Permainan Kucing di Purradise Cat Cafe
    9
    Rekaan Dinding Yang Mewujudkan Suasana Tenang Di Kafe Ini!
    Isabelle Cheng serta Daryl Phuah (pengasas bersama) mendapat inspirasi untuk membuka kafe ini ketika mereka ingin mengambil kucing pertama mereka (Chibi), sepanjang proses tersebut, mereka sedar bahawa orang awam mempunyai salah faham tentang kucing. Antara perkongsian oleh mereka adalah:
    “Kami ingin membina satu ruang dimana pengunjung dapat peluang untuk belajar dan memahami haiwan ini dengan lebih mendalam. Ketika menghias tempat ini, keutamaan kami adalah untuk memberikan keselesaan kepada kucing, serta para pengunjung.”
    “Kafe kami direka untuk memberikan ruang bebas kepada kucing seperti mana mereka nikmati secara semulajadi.”
    “Selain itu, kami juga ingin mengurangkan jumlah kucing terbiar dan mencari pemilik yang baru kepada kucing-kucing ini.”
    8
    “Seronoknya, naik belon panas!.”
    10
    “Berehat seketika, saya penat ni.”
    Buat masa sekarang, Purradise Cat Cafe hanya mempunyai 13 ekor kucing sahaja. Tapi menurut Isabelle, bilangan kucing ini akan bertukar bergantung kepada kucing yang akan diambil oleh pemilik baru serta kucing yang akan dibawa masuk ke dalam kafe ini.
    Persoalan yang mungkin akan keluar daripada mulut anda ketika anda kunjungi kafe ini adalah “Boleh atau tidak kami bawa pulang kucing ini ke rumah sendiri?.”
    Jawapannya adalah YA! Prosesnya tidaklah serumit yang disangka, kerana anda hanya akan ditemu ramah oleh pemilik untuk memastikan bahawa kucing ini sesuai untuk kediaman atau keluarga anda. Dan anda pasti terkejut bahawa tiada sebarang pembayaranakan dikenakan melalui proses ini!
    12
    Antara kucing yang berada di kafe. Teka teki: Mana satu Luna?
    “Haish, dahaga dan lapar pula main dengan kucing comel ni.”
    Jangan risau! Kafe ini juga menyediakan makanan dan minuman untuk pengunjung membasahkan tekak anda ketika bermain bersama kucing ‘comel’ tersebut.
    Antara menu yang terdapat di Purradise Cat Cafe
    Antara menu yang terdapat di Purradise Cat Cafe
    “Kami menyediakan smoothies dan jus buah segar. Minuman permintaan ramai kami adalah ‘Purr by
    the Beach’ (Nenas, Mangga dan Anggur) dan ‘Awesome Pawsome’ (Mangga, Banana, Oren, Oat dan Madu). Selain itu, kami juga menghidangkan pelbagai roti sandwic untuk santapan anda,” kata Isabelle.
    Tema utama bagi makanan serta minuman yang disediakan adalah makanan yang bersih dan sihat. Diinspirasikan oleh gaya barat seperti, smoothies, jus buah segar dan sandwic dan pasti menu di sini pasti tidak akan mengecewakan anda.
    “Apakah menu istimewa bagi bulan ini (Ogos)?.”
    durian avocado smoothie
    Menu istimewa Purradise Cat Cafe pada bulan ini sahaja adalah ‘Durian Avocado Smoothie’. Kaya dengan rasa durian serta tekstur lembut avocado pasti akan menjadi permintaan pengunjung sepanjang berada di sana.
    Sambil itu, mari lihat foto kami sajikan, yang menunjukkan betapa seronoknya untuk meluangkan masa di sini!
    3
    Tempat dimana kucing berehat seketika
    Kucing sini tidak bosan dengan tempat yang disediakan mereka untuk bermain.
    Kucing sini tidak bosan dengan tempat yang disediakan mereka untuk bermain.
    4
    Ruang interaktif antara manusia dan kucing
    Kunjungi Purradise Cat Cafe di:
    • 24A (First Floor),
      Jalan Tun Mohd Fuad 2,
      Taman Tun Dr. Ismail,
      60000 Kuala Lumpur
    • Dibuka setiap hari (11 pagi- 11 malam, dapur tutup pada 10.15 malam)
    • Tempahan tempat juga disediakan untuk sebarang program!
    Purradise Cat Cafe juga boleh dihubungi di:

  • 0 comments:

    Post a Comment

    GET A FREE POST ON TWITTER

    Any news that spread in Twitter will spread fast all over the world.

    ADDRESS

    Selangor, Malaysia

    EMAIL

    aqalili.azizan@gmail.com

    TELEPHONE

    -

    MOBILE

    012 252 8662