• Wanista: Cabaran Berbelanja RM6 sehari. Mampukah Anda?


    Cabaran Berbelanja RM6 sehari. Mampukah Anda?

    ORIGINAL LINK: HERE


    Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) Penang menganjurkan cabaran ini untuk peserta alami kehidupan golongan miskin dalam rutin harian mereka.
    Jurucakap, Lee Chung Lun berkata cabaran ini untuk mengajar dan memahami kehidupan yang ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’ untuk mencari sesuap nasi untuk hidup.
    “Penyertaan ini akan minimunkan pembaziran dalam aktiviti hiburan serta menggalakkan penggunaan ‘public transport’, kerana setiap wang dikeluarkan perlu diambil kira,” katanya.
    Cabaran ini akan berlangsung lima hari ini yang bermula dari 30 Julai sehingga 3 Ogos dan terbuka kepada 18 tahun ke atas sahaja.
    Hadiah akan diberikan kepada tiga pemenang. Kategorinya adalah ‘Most Saving Award’, ‘Best Involvement Award’ yang akan menerima wang tunai bernilai RM300 dan bernilai RM100 bagi ‘Most Popular Award’.
    “Peserta perlu menyerahkan laporan kewangan harian dan pengalaman pada 8 Ogos,” katanya lagi. 
    Kepada sesiapa yang berminat dengan cabaran ini, sila hubungi Lee di talian 016-2411196/04-6582285 atau email ke povertypenang@gmail.com
  • 0 comments:

    Post a Comment

    GET A FREE POST ON TWITTER

    Any news that spread in Twitter will spread fast all over the world.

    ADDRESS

    Selangor, Malaysia

    EMAIL

    aqalili.azizan@gmail.com

    TELEPHONE

    -

    MOBILE

    012 252 8662