• JustKosme: Cara Nak Buat Patch Test Dengan Betul Sebelum Beli Produk Kecantikan

    Cara Nak Buat Patch Test Dengan Betul Sebelum Beli Produk Kecantikan
    Credit: Giphy

    Bayangkan korang punya brand kegemaran keluarkan produk baru dan of course kita excited nak cuba kan? Excited sangat sampai lepas dapat barang terus letak dekat muka.
    Dah seronok pakai tu tetiba kulit naik merah dan rasa gatal. Masa tu la baru nak gelabah lap semua. Ha, itu la silap besar ramai orang masa beli atau nak pakai product baru. Sebelum beli skin care tu tau tak korang digalakkan buat patch test?


    Patch test ni apa pula?

    Patch test ni adalah satu proses untuk kesan alahan korang terhadap satu bahan. Kiranya kalau korang nak tahu produk skincare atau makeup tu serasi dengan kita atau tak, proses ni lah yang membantu. Jangan risau sebab tak ada sebarang jarum yang involve dalam proses ni and xde pun bahan-bahan khusus yang korang kena beli.
    By the way, patch ni tak dapat detect kalau korang ada alergi makanan atau sopak garam (urticia) tau.
    Cara Nak Buat Patch Test Dengan Betul Sebelum Beli Produk Kecantikan
    Credit: slideshare.net

    Kenapa kena buat patch test, tak boleh pakai terus ke?

    Patch test ni sangat penting untuk semua orang terutama sekali bagi yang kulit sensitif dan acne prone. Dah lah kulit sensitif, tiba-tiba pula kulit rasa terbakar, leceh lah!
    Kiranya dengan patch test ni dapat bendung daripada perkara tu berlaku. Paling penting, tak adalah rasa rugi kalau beli produk yang mahal sebab dapat detect benda tu tak sesuai. 
    Cara Nak Buat Patch Test Dengan Betul Sebelum Beli Produk Kecantikan
    Credit: bdesupport.co

    Dekat area mana kena buat patch test ni?

    Dah tahu sebab kena buat patch ni, kita move on dekat macam mana nak buat! Sebenarnya ada different steps berdasarkan apa yang korang nak kesan, sama ada untuk alahan, iritation dan sebagainya.
    Paling best, boleh cuba sendiri dekat rumah dan tak perlu susah-susah pergi dermatologist

    1. Alahan
    Kalau nak check alahan berdekatan muka, orang akan buat patch test dekat belakang telinga, leher atau lengan.

    2. Iritasi
    Yang ni dia ikut orang, sebab kena letak dekat bahagian yang paling korang sensitif, contohnya dekat pipi.
    3. Komedogonik, mengesan pori tersumbat atau tidak.
    Sama macam nak detect iritasi juga, dia lain bagi setiap orang. Tapi, tip dia ialah korang kena letak dekat tempat yang selalu naik jerawat, whitehead atau blackhead.
    Cara Nak Buat Patch Test Dengan Betul Sebelum Beli Produk Kecantikan
    Credit: popsugar

    Macam mana pula nak buat sendiri?


    Dah tahu nak letak dekat area mana, sekarang ni kita move on ke macam mana nak buat patch test ni? So, ada beberapa langkah yang korang kena ikut seperti:-

    1. Pastikan area yang korang nak letak tu bersih dan kering
    Untuk produk tu bagi reaction, korang kena pastikan patches tu kering. So, kiranya kena avoid mandi, berenang, bersenam atau aktiviti yang boleh buat patches tu basah.

    2. Lekatkan produk dengan band aid!
    Just letak few drops of products dekat band aid and letak dekat bahagian berdasarkan keinginan korang. Selalunya orang akan letak dekat lengan sebab senang untuk dia nampak reaction kalau buat sendiri, macam heyitsfeiiii.

     
    3. Tunggu beberapa jam untuk dapat results
    Selalunya kulit akan react dalam masa 24 jam atau 48 jam, tapi kalau lepas dah buka patch tu tetiba je muncul dot merah, jangan terkejut tau!  Sebab tu kira delayed reaction terhadap sesuatu produk dan anggaran dalam masa 72 jam.

    Apa yang kita akan nampak lepas dah buat patch test tu?


    Kalau kulit korang merah, bertompok atau macam bumpy tu kira major reactions.  Sama juga kalau korang rasa gatal ataupun sakit bila pegang. So, kalau dapat reaction macam better terus berhenti pakai and sooth kan kulit dengan 
    aloe vera!
    Bagi minor reactions pula, lepas setengah jam dia ada kesan dan lepas tu surut, kiranya produk tu selamat digunakan. Tapi kalau breakout better discontinue guna sebab nanti dia akan clogged pores.
    Lagi best kalau check dekat dermatologist sebab dia akan cari and terangkan dekat kita in details fasal apa dan kenapa korang allergic dekat sesuatu bahan tu. Watch people experiences it on As/Is video below:

    Kalau tak ada apa-apa boleh guna terus?

    Patch test ni sebenarnya kita buat untuk dapatkan immediate reactions, so kalau tak ada kiranya produk tu selamat untuk digunakan! So, yuhuu boleh lah guna produk acid dan retinol semua!
    Yeay, lepas ni boleh guna teruslah produk yang korang beli tu! Kan best pakai tanpa was-was lepas dah buat patch test. So, what’s your opinion? Patut ke buat patch test ni atau tak? Kalau yang dah pernah buat, jangan lupa postkan produk yang korang guna dekat 
    JustKosme!

     ORIGINAL LINK: HERE 

  • 1 comment:

    1. kalau nak tukar oil cleanser/water based cleanser perlu buat patch test tak? klu ya mcm mne nak buat?

      ReplyDelete

    GET A FREE POST ON TWITTER

    Any news that spread in Twitter will spread fast all over the world.

    ADDRESS

    Selangor, Malaysia

    EMAIL

    aqalili.azizan@gmail.com

    TELEPHONE

    -

    MOBILE

    012 252 8662