• JustKosme: Bahan-bahan Sunscreen Yang Anda Nak Elak (dan Cara-cara Untuk Pilih Sunscreen Yang Bagus)



    Bahan-bahan Sunscreen Yang Anda Nak Elak (dan Cara-cara Untuk Pilih Sunscreen Yang Bagus)
    Pelindung matahari aka sunscreen ni perlu ada dalam setiap beauty kit, tapi kita tahu yang proses nak pilih ni bukan main ambil je daripada rak kedai. Banyak faktor yang perlu dipertimbangkan untuk beli sunscreen yang selamat serta efektif, dan cara yang paling senang nak pilih adalah berdasarkan ingredients dia!
    Kalau dah selalu baca fasal sunscreen, mesti korang tahu yang physical atau mineral sunscreen ni paling selamat untuk digunakan dibandingkan dengan chemical sunscreen. Lagipun dia bagi pelindungan optimal daripada sinaran Ultra Violet A (UVA) dan Ultra Violet B (UVB).

    Sebelum tu, berapa banyak jenis sinar ultraviolet yang akan rosakkan kulit kita?

    Ada TIGA jenis sinar ultra violet iaitu Ultra Violet A (UVA), Ultra Violet B (UVB) dan Ultra Violet C (UVC). 
    • UVA: Sinaran UVA ni dia akan tembus lapisan luar kulit dan meresap jauh ke dalam kulit. Dia takkan biarkan kulit sunburn, tapi dia akan rosakkan elastik fiber dan kolagen. Bila kolagen dah kurang, dapatlah kedutan dekat kulit.
    • UVB: Sinaran ni dia akan cepatkan proses penuaan dan gelapkan kulit. Walaupun lapisan ozon dapat serap sebahagian UVB ni, tapi ada juga yang tembus ke bumi.
    • UVC: Walaupun sinaran ni dia tak dapat lepas lapisan ozon, tapi kalau dia masuk dia adalah UV radiation yang paling damage. Bahan-bahan Sunscreen Yang Anda Nak Elak (dan Cara-cara Untuk Pilih Sunscreen Yang Bagus)

    Tapi, apa yang teruk sangat fasal chemical sunscreen ni? Bukan kita dah selalu guna ke?

    Kalau nak cakap fasal produk yang ada bahan kimia ni memang takkan habis, sebab memang akan ada kesan negatif, antaranya adalah alergi dan kanser. Sebab tu kalau boleh kena elakkan guna  bahan-bahan kosmetik yang toksik seperti Midazolidinyl Urea, Diazolidinyl Urea atau Petrolatum.
    Chemical sunscreen ni dia ada two-sides to the story. Betul dia ada nasty things yang effect kesihatan kita, which is obviously not good tapi dia thinner dan sesuai digunakan setiap hari. Dia sebenarnya lebih banyak cons daripada pros sebab dia tak ada lah efektif sangat untuk elak kulit kita daripada kerosakan UV. Kalau korang nak cuba juga, ada few chemical sunscreen yang free from harmful ingredients!






    So, apa yang tak kena dengan bahan dalam chemical sunscreen ni?


    Cara dua-dua jenis pelindung matahari ni protect kita daripada sinaran UV sangat berbeza. 
    Chemical sunscreen dia akan serap sinaran UV tu dalam kulit, dan dia akan masuk ke dalam layer yang paling dalam dan rosakkan kulit kita.
    Lain pula dengan mineral sunscreen yang ada zinc oxide dan titanium oxide which akan pantulkan balik sinaran UV.
    Sebab tu, banyak dah kesan negatif dekat kesihatan bila kita guna chemical sunscreen. Ramai yang cakap yang chemical sunscreen ni dia act as estrogen, menyebabkan hormon terganggu, altering sperm dan mungkin penyebab endometriosis
    So, macam mana nak avoid guna bahan-bahan yang bahaya untuk kesihatan ni? First, don’t judge a book by its cover! Kalau dekat packaging depan dia cakap “mineral”, tak semestinya dia bebas daripada chemical sunscreens. Sebab tu kita kena tahu ingredients yang selalu diletakkan dalam chemical sunscreen dan kenapa korang perlu dielakkan.

    Bahan-bahan Sunscreen Yang Anda Nak Elak (dan Cara-cara Untuk Pilih Sunscreen Yang Bagus)
    credit: pharmaceutical-journal

    Senarai bahan chemical sunscreen dan kenapa perlu elakkan

    Bahan-bahan Sunscreen Yang Anda Nak Elak (dan Cara-cara Untuk Pilih Sunscreen Yang Bagus)

    Takkan 6 bahan tu je? Ada tak bahan-bahan lain yang perlu dielakkan dalam sunscreen?

    Petrolatum, petroleum jelly, dan mineral oil  yang ada dalam sunscreen buatkan kita rasa lembap, tapi ingredients ni akan tercemar dengan karsinogen. Kiranya dia akan halang pores daripada lepaskan toksin dan serap semua kelembapan dari udara. Selain itu, produk yang ada petroleum ni juga selalunya sebabkan kulit irritate dan timbulkan jerawat.
    Untuk buat kulit rasa licin dan pada masa yang sama provide water resistant yang berkualiti, silicones macam dimethicon akan diletakkan dalam sunscreens. Sama juga macam petroleum, silikon ni dia akan sumbatkan pores dan lead to skin irritation.
    Kalau conventional sunscreen pula dia ada synthetic preservatives macam parabens dan methylisothiazolinone (MIT). Dua benda ni dia akan menyebabkan neurotoxicity, alahan, gangguan fetus dan hormon.
    Retinyl palmitate (a form of vitamin A) ni bukan bahan yang toksik, tapi dia fotosensitif. Which mean chances korang nak develop kanser kulit, kerosakan kulit dan penuaan adalah tinggi bila terdedah dekat matahari. Tapi kalau dedahkan vitamin A melalui minyak tumbuhan, kurang sikit isu dia berbanding guna retinyl palmitate yang pekat. So, pastikan untuk tengok “retinyl palmitate” atau “Vitamin A palmitate” dekat list ingredients.

    o, the truth tentang chemical sunscreen pun dah terbongkar and mesti kita fikir kenapa orang still guna chemical sunscreen? Mungkin sebab dia tak suka rasa berminyak dan white glow yang mineral sunscreens offer. Tapi yang tu dulu, sekarang ada formula baru dan korang takkan rasa macam tu lagi dah!
    The only way kita nak tahu selamat ke tak produk tu kenalah tengok list bahan-bahan dekat belakang packaging tu. Kalau dalam chemical sunscreens tu ada bahan-bahan dekat atas, letak balik atas rak tu dan beli based on sunscreen guide. Tapi kalau ada suggestions any sunscreen yang korang guna, jangan lupa untuk share dekat JustKosme!

    Source

     ORIGINAL LINK: HERE 





  • 0 comments:

    Post a Comment

    GET A FREE POST ON TWITTER

    Any news that spread in Twitter will spread fast all over the world.

    ADDRESS

    Selangor, Malaysia

    EMAIL

    aqalili.azizan@gmail.com

    TELEPHONE

    -

    MOBILE

    012 252 8662