• Wanista: Info Anugerah Video Belia Malaysia 2015


    Info Anugerah Video Belia Malaysia 2015
    Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) mengadakan pertandingan Anugerah Video Belia Malaysia 2015 untuk menyampaikan mesej kepada golongan muda terutama belia supaya lebih menghargai kehidupan.
     
    Anugerah yang julung kali diadakan itu adalah salah satu inisiatif untuk masyarakat yang dilaksanakan pihaknya menerusi platform ‘Insurans Hayat Cares’ bagi mendekatkan lagi hubungan dengan komuniti di negara ini termasuk golongan belia.
     


    “Tema untuk pertandingan ini adalah ‘You Only Live Once (YOLO),” kata Pengerusi LIAM, Ramzi Toubassy di majlis pelancaran di Universiti Malaya (UM).

    Katanya, pertandingan dilakukan bagi menyampaikan mesej mengenai kehidupan yang berharga seiring dengan misi kempen berkenaan iaitu ‘hargai kehidupan, merakamkan kehidupan dan kongsi kehidupan’.

    Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Youth Community (MYC), Jason Ko berkata pihak kami bertanggungjawab menganjurkan program yang selari dengan belia pada zaman sekarang serta menghubungkan jenama korporat dengan pihak universiti tempatan.

    Pihak penganjur menerima sebanyak 541 penyertaan tetapi hanya 10 video terbaik akan dipilih melalui beberapa peringkat penilaian.
    MrJasonKo_with APU Students
    Ketua Pegawai Eksekutif MYC, Jason Ko bersama Pelajar di Universiti Malaya Sempena Majlis Pelancaran Youth Video Awards.
    Antara tarikh penting bagi pertandingan ini adalah:
    • 15 Julai 2015 : Tarikh penutupan penyertaan dan penerimaan sinopsis ‘storyboard’.
    • 24 Julai 2015 : Sidang akhbar Youth Video Awards.
    • 1 Ogos 2015 : Kem Youth Video Awards.
    • 1 Ogos – 22 Ogos 2015 : 10 peserta teratas akan memulakan pengambaran.
    • 22 Ogos 2015 : Video akan dipamerkan sebelum penilaian.
    • 29 Ogos 2015 : Penilaian video oleh para juri.
    • 21 September 2015 : Majlis Anugerah ‘The YOLO’.
    Untuk keterangan lebih lanjut, sila layari laman web: www.youthvideoawards.com.
    [SUMBER]

    ORIGINAL LINK: HERE

  • 0 comments:

    Post a Comment

    GET A FREE POST ON TWITTER

    Any news that spread in Twitter will spread fast all over the world.

    ADDRESS

    Selangor, Malaysia

    EMAIL

    aqalili.azizan@gmail.com

    TELEPHONE

    -

    MOBILE

    012 252 8662